Karangan jenis Autobiografi
3 Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Aku Sebuah Taman Permainan”.
Aku Sebuah Taman Permainan
Nama aku ialah Taman Permainan Aman. Aku terletak di tengah-tengah bandar. Aku sering menjadi tempat tumpuan ibu bapa dan kanak-kanak. Mereka sering mengunjungiku pada waktu petang, lebih-lebih lagi pada hujung minggu.
Aku dihiasi pokok-pokok bunga yang rendang dan cantik. Kadang-kadang, rama-rama, kumbang dan pepatung suka bermain-main di sini. Mereka juga datang mencari makanan di sini. Aku mempunyai banyak anak buah yang berwarna ceria dan setia berkhidmat dan menghiburkan kanak-kanak yang datang berkunjung. Mereka adalah seperti jongkang-jongket , buaian dan gelongsor.
Pada suatu hari, seorang kanak-kanak telah datang bermain gelongsor. Tiba-tiba, kedengaran suara seorang budak berteriak.
“Lin, marilah bermain di sini! Lagi seronok.”
Budak yang bernama Lin itu pun bergegas menuju ke arah budak yang menjerit itu. Mereka terus berbisik-bisik. Tiba-tiba, mereka mengeluarkan sekotak mancis. Mereka menuangkan cecair yang berbau busuk ke atas jongkang-jongket dan terus menyalakan mancis itu.
Dakam sekelip mata, badan anak buah aku itu pun terbakar. Hal ini kerana cuaca pada hari itu sangat panas. Aku turut terasa bahangnya. Aku menjerit meminta tolong, namun tiada suara yang keluar daripada tekakku.
Pilu hatiku melihat jongkang-jongket meronta-ronta kesakitan. Aku melihat api sudah merebak ke badan anak-anak buahku yang lain. Nasib kami agak baik kerana ada seorang lelaki yang lalu di situ pada waktu itu. Lelaki itu lalu menelefon pihak bomba. Sementara menunggu kedatangan bomba, lelaki itu bertungkus-lumus memadamkan api.
Selepas beberapa minit, bomba pun tiba. Mereka memancutkan air ke arah aku dan anak-anak buahku yang sedang dijilat api. Dalam masa lima belas minit, api pun berjaya dipadamkan. Aku berasa amat terhutang budi kepada lelaki itu dan juga pihak bomba. Namun begitu, sebahagian daripadaku dan anak-anak buah akau telah hangus dan ditinggalkan parut yang hitam legam.
Budak-budak yang bermain api sehingga merosakkan aku dan anak-anak buahku itu telah dimarahi serta diberi nasihat oleh pihak bomba. Aku berasa begitu sedih mengenangkan nasib malang yang menimpaku. Aku berharap pihak majlis perbandaran akan datang membaiki aku dengan secepat mungkin agar aku dapat berkhidmat semula.
very nace
ReplyDelete