Karangan jenis Autobiografi
1 Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Aku Sebuah Komputer”.
Jawapan:
Aku Sebuah Komputer
Aku berasal daripada sebuah keluarga yang termasyhur di dunia, iaitu Lenove. Tubuh aku diperbuat daripada gabungan aluminium, plastik, dan besi. Kebanyakan anggota badanku diperbuat di Taiwan tetapi aku dipasang di Malaysia. Aku diberi nama “ Lenove MDE568”.
Setelah diriku dilengkapi peranti, disket, monitor, papan kekunci, dan tetikus, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Kemudian, aku dihantar ke sebuah kedai komputer di Taiping dengan sebuah lori. Selepas dua hari dipamerkan, aku telah dibeli oleh seorang lelaki sebagai hadiah hari jadi untuk anaknya yang bernama Roslan.
Setibanya di rumah tuan aku, aku telah disambut mesra oleh RosIan. Dengan mudah sahaja, RosIan sudah memahami perangai dan kehendak aku. Dia memberikan layanan dan belaian yang istimewa kepadaku. Dia telah menjadikan aku sebagai teman istimewa kepadanya. Akulah penghibur dan pembantu setia dalam pelaksaan tugas-tugas sekolahnya. RosIan amat berpuas hati dengan khidmat aku. Layanan istimewa yang aku terima sering membuatkan kawan-kawanku yang lain seperti televisyen, radio, dan kipas berasa iri hati.
Namun begitu, kebahagiaan yang aku kecapi tidak kekal lama. Pada suatu hari, RosIan memaksa aku menerima satu program yang amat berat. Aku terpaksa menolak permintaan tuanku kerana tubuhku ini tidak terdaya menggerakkan program tersebut. Tindakan aku itu telah membuatkan RosIan marah dan tidak mempedulikan aku lagi.
Walau bagaimanapun, pada suatu hari, bapa RosIan telah membawa aku ke kedai untuk dinaikkan taraf. Aku berasa lebih kuat dan bersemangat, lantas aku diberi nama baharu, iaitu “intel Pentium”.
RosIan berasa puas hati dengan pembaharuan diriku dan dia kembali menjadikan aku sebagai teman setianya. Aku berasa amat gembira dan bangga kerana RosIan memberi aku peluang baru untuk mengkhidmatinya.
666
ReplyDeleteKarangan yang sangat menarik
ReplyDeleteThis is a good
ReplyDeleteSiap keje umah aku
ReplyDelete🤓🤗👍🦄🐬
ReplyDeleteGood
ReplyDeleteGood jop
DeleteBoleh
ReplyDeleteBoleh senang je
DeleteThanks you kerana senang je walaupun panjang berguna jugak best apabila dah soap kerja sekolah yang cikgu beri kepada saya terima kasih banyak² tq so mush sekian darpada saga terima kasih tq
ReplyDeleteTerima kasih walaupun panjang sangat tetapi berguna jugak untuk kita pelajari saya suka karangan aotografi sebab dia best... Tq sangat lagi satu saya suka jugak kerja sekolah saya dah siap swmua sekali terima kasih menbantu saya pelajari karangan INI saya suka pelajari karangan autografi INI sekian daripada saya terima kasih
ReplyDelete