Contoh Karangan Sekolah Rendah Darjah 6 : Ceritakan aktiviti yang dilakukan pada Hari Bergotong-royong
Pada suatu Hari Sabtu, penghuni-penghuni yang diam di Taman Marina telah bertungkus lumus berkumpul mengadakan aktiviti gotong-royong. Seramai 20 orang datang melibatkan diri secara sukarela membersihkan tempat kediaman mereka. Pada hari tersebut, kami membawa penyapu, cangkul,sabit, pongkes, sarung tangan, topi dan segala peralatan yang diperlukan.
Mula-mula kami memotong rumput yang tumbuh tinggi dan berselerak berdekatan di tepi jalan dan longkang. Tidak lupa juga kami membersihkan rumput-rumpai yang tumbuh di tepi pokok-pokok bunga dan memungut sampah di hadapan rumah kami. Selepas selesai membersihkan rumput di hadapan rumah, kami mengorek sampah-sarap dan rumput-rumpai di dalam longkang di tepi jalan sehingga air dapat mengalir dengan lancar dan tidak menyebabkan sekatan oleh kayu-kayu atau pun sampah-sarap. Kami juga berusaha membersihkan longkang kecil di halaman rumah beberapa orang penghuni di mana air tertakung akibat tersumbat sampah sarap.
Selepas selesai membersihkan bahagian depan rumah, kami semua bergerak ke belakang rumah menebang pokok-pokok dan rumput-rumput yang tumbuh di belakang rumah kami. Sambil itu juga kami membuang sampah-sarap dan memperbaiki pagar-pagar yang rosak. Selepas bekerja selama dua jam kami berehat seketika sambil menjamu selera dan minum air yang disediakan oleh makcik-makcik yang cukup baik hati dan tinggal di kawasan ini.
Habis makan, kami meneruskan lagi kerja. Kami bercadang mengindahkan sekitar tempat kediaman. Kami menanam bunga-bunga di tepi jalan. Selepas itu, kami menanam beberapa pohon pokok-pokok pisang di tanah lapang belakang rumah. Ada juga pokok pisang yang ditanam oleh kami dahulu telah tumbuh besar dan berbuah. Maka kami pun membahagikan hasil daripada titik peluh kami. Pisang-pisang yang masak itu di bawa balik ke rumah masing-masing. Kami juga menyembuh baja seperti tahi ayam ke atas pokok-pokok bunga dan pokok-pokok pisang.
Sebagai tanda penghargaan kepada kami semua, kerajaan tempatan telah menghadiahkan RM500 kepada wakil kami tiap-tiap tahun. Jadi kami pun menggunakan duit tersebut untuk membelikan segala keperluan dan peralatan. Selebihnya kami menggunakan untuk mengadakan jamuan pada akhir tahun. Aktiviti ini berakhir lebih kurang pada pukul 11:00 pagi. Maka masing-masing pun pulang dengan hati yang penuh gembira. Kami semua berharap mengadakan aktiviti bergotong-royong lagi di masa akan datang.
(350 patah perkataan)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kasihan murid-murid. terlalu banyak kesalahan. cangkul pun tak tahu ke? cangkung tu apa?struktur ayat pun salah...
ReplyDeleteTerima kasih atas pertunjukan. Kesalahan sudah diperbaiki.
ReplyDeleteTerima kasih atas pertunjukan karangan ini kerana saya perlu menyalin karangan bergotong royong.
ReplyDeletePerenggan terakhir ada satu kesalahan
ReplyDeleteTerima kasih kepada yang menyediakan halaman ini, mohon jika terdapat sebarang kesalahan janganlah diperli, betulkan saja jika anda rasa perlu.
ReplyDeletesekadar memberi peringatan, kita sama-sama bantu membantu untuk kebaikan bersama
jazakallah ... semoga Allah membalas kebaikkan anda 👍👍👍
ReplyDelete