Karangan contoh : Faedah menonton Televisyen


Faedah menonton Televisyen


Televisyen merupakan suatu alat elektronik yang terdapat pada setiap rumah.  Televisyen membawa banyak faedah kepada ramai orang.
Pertamanya, rancangan yang dipaparkan dalam Televisyen seperti drama atau film telah menjadi suatu cara bagi orang dewasa golongan yang perlu bekerja pada waktu pagi untuk meluangkan masa lapang sambil berehat selepas letih sehari bekerja di luar.
Keduanya, rancangan dalam Televisyen seperti memasak menjadi kegemaran golongan wanita kerana belajar memasak melalui skrin TV yang besar lebih mudah ditonton berbanding dengan komputer mahupun handphone atau buku-buku memasak dan majalah-majalah. 
Ketiganya, kepada golongan tua yang tidak ada sebarang pekerjaan.  Dengan menonton TV, mereka boleh melepaskan masa mereka dengan cepat.  Contohnya, ada banyak siri drama yang akan menyiarkan episode setiap hari iaitu ada yang siri drama menyiarkan pada waktu pagi dari jam 8 hingga 12 pm dari Isnin hingga Ahad.  Ada pula siri drama yang disiarkan pada sebelah petang dari jam 1 pm hingga 4 pm dan waktu malam pula siri drama yang berbeza akan disiarkan pada masa yang berlainan.  Dengan ini mereka boleh memenuhi masa lapang dengan berfaedah. 
Keempatnya, iklan-iklan dalam Tv juga banyak membantu orang ramai.  Contohnya pada suri rumah yang tidak mahir menggunakan computer atau handphone untuk mencari produk yang mereka kehendaki seperti dye rambut, boleh memperolehi produk itu melalui iklan yang disiarkan.
Kelimanya,  orang ramai boleh mengetahui berita di seluruh dunia melalui TV.  Walaupun tidak melihat suratkhabar tetapi masih dapat tahu waktu berbuka puasa. Muklumat-muklumat tentang luar negara terkini juga tidak akan ketinggalan walaupun tidak membaca surat khabar.
Keenamnya,  rancangan yang berbentuk hiburan seperti nyanyian, hiburang yang berbentuk lawak menjadi kesukaan orang ramai.  Ini kerana ia bukan sahaja membuat orang ketawa, ia juga merupakan sejenis terapi.  Selain itu rancangan hiburan jenis teka teki boleh menolong kita berfikir.
Akhirnya,  kanak-kanak boleh di awasi dengan menonton rancangan kartun supaya ibu bapa boleh membuat kerja rumah pada hari Sabtu dan Ahad atau hari kelepasan Am.  Selain membawa kanak-kanak berjalan-jalan di kompleks atau taman permainan pada hari kelepasan Am dan pada waktu cuti persekolahan, mereka boleh diberi masa menonton rancangan kartun atau rancangan berbentuk pendidikan.  Dengan itu, ibu bapa ada lehih banyak masa peribadi mereka sendiri.
Memandangkan TV membawa banyak faedah kepada orang rama tidak kira kanak mahupun golongan dewasa, jadi gunalah ia dengan sebaik-baiknya.

371 perkataan

3 comments: