UPSR Bahasa Melayu SJKC Karangan Berformat: Berita : Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik


UPSR Bahasa Melayu SJKC
Karangan Berformat: Berita

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik

KUCHING, 10 December 2019 - SJK (C) Chung Hwa di sini telah berjaya mengadakan program Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik. Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik di sekolah Chung Hwa disambut tiap-tiap tahun dengan meriah dan secara besar-besar oleh semua tapisan masyarakat daripada murid-murid, guru-guru hingga ibu bapa dan bekas murid yang mendapat kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum sekolah ini.
Menurut Guru Besar sekolah tersebut, Encik Li Wong Meng, program ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum di samping memberi galakan dan contoh kepada murid-murid lain berusaha dengan lebih gigih.  Program ini juga memberi peluang untuk murid-murid, guru-guru dan ibu bapa untuk bertukar-tukar pendapat mereka dan berkenalan di antara satu sama lain sambil menjamu makanan ringan yang disediakan oleh sekolah.  Sempena perjumpaan ibu bapa, murid-murid dengan pihak sekolah seperti guru-guru dan guru besar, pihak sekolah berharap ibu bapa yang memainkan peranan yang penting dalam pendidikan dan tumbesaran anak-anak mereka turut memberi cadangan dan pendapat untuk memperbaiki sistem pendidikan sekolah demi masa depan anak-anak mereka.
Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuching, Puan Salma binti Muhamad.  Dalam ucapan perasmiannya, beliau melahirkan rasa bangga atas pencapaian murid-murid dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Selain itu beliau turut menyumbang wang RM1 juta untuk sekolah.  Menurut beliau sempena tahun baru 2020 yang akan datang, sumbangan itu diberikan kepada pihak sekolah adalah untuk sekolah membeli peralatan baru seperti komputer dan barang elektronic seperti TV, Radio dan CD dalam pengajaran dan pembelajaran.  Sumbangan wang itu juga bertujuan untuk menggantikan barangan sedia ada tetapi telah rosak seperti komputer, meja dan kerusi di bilik darjah.  Selain itu beliau juga memberi sumbangan wang sebanyak RM 5000 yang menurut beliau wang itu adalah daripada diri sendirinya dan bukan dari kementerian pendidikan daerah.  Sumbangan wang itu beliau banyak kali memesan kepada guru besar untuk membeli pakaian sekolah dan kasut sekolah serta bahan alat tulis kepada murid-murid yang cemerlangan dalam akademik tetapi daripada keluarga yang kurang mampu.
Di samping itu, program ini telah diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan seperti tarian Ngajat, tarian Kenyalang dan tarian Singa.  Persembahan ini telah mendapat tepukan gemuruh daripada para tetamu. Penari-penari tersebut semuanya daripada persatuan kebudayaan murid-murid sekolah ini.  Menurut guru tarian Cik Marina, murid-murid sekolah ini mempunyai bakat tarian dan rajin semasa latihan tarian.  Cik Marina berkata murid-murid berpeluang untuk menunjukan bakat dan disiplin dalam persembahan tarian mereka  semasa sambutan hari ini.  Menurutnya mereka juga selalu membuat persembahan di sekolah-sekolah lain dan tempat lain pada hari tertentu seperti Hari Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Gawai.
Seterusnya, penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik berdasarkan keputusan akhir tahun. Tahun ini saudara Alvin Lau telah mendapat tempat pertama dalam semua matapelajaran manakala Cavina Chua telah mendapat pencapaian cemerlang dalam keseluruhan aspek akademik dan kokurikulum.  Saudara Siti dipilih dalam progam kemisikinan di mana dia telah mendapat hadiah dalam bentuk wang tunai sebanyak RM500 daripada Pegawai Pendidikan Daerah kerana dia mendapat kecemerlangan dalam semua matapelajaran sekolah. Pemenang pertama, Alvin Lau berkata dia berasa bangga kerana mendapat hadiah pertama dan berterima kasih kepada guru-guru dan ibu bapanya kerana didikan yang sempurna diberikan kepadanya.  Dia berkata dia selalu mengulangi buku-bukunya dan menghabiskan kerja rumah yang diberikannya.  Tidak lupa juga dia banyak menolong ibu bapa di rumah pada masa lapang.  Bermain badminton adalah hobinya. Menurutnya otak yang cergas hasil dari tumbuh badan yang kuat dan sihat.
Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu berakhir pada pukul 12 tengah hari. Saudara David sebagai ketua Pengawas murid sekolah memberikan ucapan akhir dan tanda hormat kepada semua hadirin dan memberi ucapan penutupan.  Dalam ucapannya, dia memberi rasa penghargaan kepada pihak sekolah dan Pegawai Pendidikan Dearah kerana sudi hadir memberi sambutan dan sumbangan kepada pihak sekolah dan murid-murid. Para tetamu melahirkan rasa bangga dengan sambutan program ini serta kejayaan yang dicapai oleh murid-murid.

 (640 perkataan)

Image result for Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik